Teknologi penstabilan imej OIS (optical image stabilization) yang ada pada kamera utama banyak digunakan dalam kebanyakan telefon berkelas andalan atau kelas pertengahan premium.

Kini, terdapat laporan menyatakan Samsung mahu menawarkan teknologi itu untuk kesemua siri Galaxy A mereka bermula tahun hadapan. Sebelum ini, Galaxy A52 dan Galaxy A72 sudah dilengkapinya.

Namun, lihat sahaja harga telefon tersebut membuatkan ramai yang berkira-kira untuk membelinya dan memilih peranti seperti Xiaomi. Laporan itu juga mengatakan kamera yang ada OIS adalah 15% lebih mahal berbanding yang tidak mempunyainya.

Jadi, Samsung perlu berfikir masak-masak sekiranya mereka mahu memberikan saingan dengan Xiaomi memandangkan kebanyakan pengguna akan melihat spesifikasi seperti cip pemproses serta harga terlebih dahulu berbanding yang lain.

Sumber: the elec

Baca juga: