Kebanyakan telefon pintar Android sekarang sudah mula menawarkan kemas kini sekuriti sehingga empat tahun dan tiga tahun bagi sistem operasi (OS), seperti yang dilakukan Samsung awal tahun ini.

Kemudian, Kesatuan Eropah (EU) turut mencadangkan agar pengeluar telefon memberikan kemas kini sekuriti sehingga lima tahun dan menawarkan alat ganti baik pulih peranti pada harga yang munasabah dalam tempoh ini.

Bagaimanapun, menurutĀ Heise Online, kerajaan Jerman mahukan kemas kini sekuriti ditambah dua tahun lagi dan menjadikannya sehingga tujuh tahun. Ini termasuk servis baik pulih peranti kerana apabila telefon mengambil masa yang lama untuk dibaik pulih, pengguna akan cenderung memilih membeli telefon baharu.

Buat pengetahuan, tidak banyak telefon yang menyokong kemas kini sebegitu lama. Mungkinkah sebab ini juga ada memilih iPhone kerana iOS 15 boleh dijalankan pada siri iPhone 6s dan 6s Plus yang dilancarkan pada tahun 2015.

Sumber: Heise Online

Baca juga: