Samsung dilaporkan untuk menawarkan sensor kamera 108MP buat segmen kelas pertengahan popular mereka, iaitu siri Galaxy A. Galaxy A73 adalah nama yang mungkin jadi pertama.

Jika benar, Samsung benar-benar mahu memberikan yang terbaik dalam segmen tersebut. Ini kerana sebelum ini juga dikatakan mungkin kesemua barisan siri Galaxy A hadir dengan OIS.

Dengan ini, adakah Samsung sudah bersedia untuk memuatkan kamera 200MP buat siri Galaxy S22? Bagaimanapun, sensor sebesar 108MP tetap mempunyai kelebihan serta kekurangan.

Adakah anda menggemari corak telefon pintar dengan sensor kamera besar ini?

Sumber: the elec

Baca juga: