Tahun ini kita menyaksikan beberapa pengeluar Android sudah mahu mengeluarkan teknologi pengecasan pantas sehingga 200W. Bahkan, kebanyakan telefon pintar Android pun menyokong pengecasan pantas standard 30W dan keatas atau melebihi 100W.

Namun, jenama Apple masih lagi terhad sehingga 20W sahaja. Terbaru, MyDrivers melaporkan yang mana Apple berkemungkinan akan menawarkan sokongan pengecasan 25W pada iPhone baharu tahun ini.

Bermakna, selain memberikan sokongan pengecasan baharu, sudah pasti Apple akan mengeluarkan palam pengecas 25W dimana pengguna perlu membelinya secara berasingan kerana tiada pengecas disertakan di dalam kotak.

Di samping itu, khabar angin ini menguatkan lagi dakwaan bahawa barisan iPhone tahun ini dimuatkan kapasiti bateri lebih besar dan dijangka ProMotion 120Hz serta always-on-display (AOD) akan terjadi.

Sumber: MyDrivers

Baca juga artikel berkaitan: