Kali terakhir iPad mini dilancarkan adalah pada tahun 2019 yang lalu. Namun, berkemungkinan tahun ini ia membuat kemunculan kembali.

Berdasarkan imej komputer yang dikongsikan Jon Prosser bersama Rendersbyian, iPad mini 2021 dilihat seperti iPad Air yang bertubuh kecil.

Ini bermakna, bahagian sisinya berbentuk rata dan skrin yang lebih besar kerana pengimbas cap jari (Touch ID) sudah tidak kelihatan kerana fungsi itu dipindahkan pada butang kuasa yang berada di bahagian atas kanan.

Seperkara lagi yang baharu adalah ia menggunakan port pengecasan USB-C. Selain itu, tablet mini tersebut turut dijangka dikuasakan cip Apple A14 dan menerima sokongan Apple Pencil¬†“mini”.

Berkemungkinan rekaan tersebut bakal digunakan iPad mini yang baharu kerana Mark Gurman melalui Bloomberg juga melaporkan perkara yang sama.

Baca juga –¬†Spesifikasi Prototaip iPad Mini Generasi Ke-6 Didedahkan

Sumber: FPT