Baru-baru ini kami melaporkan bahawa Samsung dijangka untuk melancarkan telefon Galaxy S21 FE 5G pada bulan Oktober ini. Kebiasaannya, telefon ini hadir dengan rekaan yang serupa dengan siri S21 tetapi mempunyai sedikit perbezaan di dalamnya.
Terbaru, Android Headlines mendakwa sebuah poster promosi telefon tersebut telah didedahkan. Berdasarkan poster itu, ia memaparkan warna-warna yang ditawarkan.
Seperti yang dinyatakan, rekaannya amat mirip dengan imej yang pernah diperlihatkan sebelum ini. Selain itu, terdapat 4 pilihan warna bagi telefon ini.
Ia sebenarnya kurang 2 pilihan warna berbanding Galaxy S20 FE tahun lalu. 4 warna bagi Galaxy S21 FE 5G ini adalah ungu, putih, hijau dan kelabu.
Dengan ini, kita hanya perlu menunggu harga dan tarikh perasmiannya sahaja. Namun, berkemungkinan besar peranti tersebut tidak masuk buat pasaran tempatan disebabkan kekangan bekalan cip pemproses Snapdragon 888.
Sumber: Android Headlines
Baca juga – Samsung Galaxy Tab A7 Turun Harga, Kini Lebih Murah
Baca juga – Telefon Pintar Ini Dinobatkan Telefon Terbaik Untuk Tahun 2021
Baca juga – “Mid Year Sale” Samsung Bermula, Galaxy Note20 5G Jauh Lebih Murah