Pertama kali diumumkan pada Jun lalu, tablet pertama realme bukanlah sesuatu yang rahsia. Jika Xiaomi telah membuat kemunculan kembali tablet mereka bulan ini, realme mungkin tidak perlu menunggu lama.

Terdapat laporan menyatakan spesifikasi realme Pad didedahkan. Ia mungkin tampil dengan skrin 10.4 inci AMOLED dengan kadar penyegaran 90Hz serta bateri berkapasiti 7100mAh.

Selain itu, ia dikatakan mempunyai sistem empat pembesar suara seperti Mi Pad 5 dan juga dilengkapi sebuah kamera dibelakang. Manakala di dalamnya akan dijana cip pemproses Snapdragon 870.

Melihat spekulasi tersebut, spesifikasinya amat mirip dengan laporan sebelum ini yang mendakwa rekaan realme Pad didedahkan. Walau apa pun, tablet ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan hadapan.

Dengan ini, peminat akan mempunyai lebih banyak pilihan memandangkan pasaran tablet Android kian rancak.

Sumber: notebookcheck

Foto utama: 91Mobile

Baca juga: