Seperti sedia maklum, Samsung dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti dan ekosistem baharu pada acara Mobile World Congress (MWC) Barcelona pada 28 Jun nanti.

Menjelang tarikh berlangsungnya acara tersebut, imej render eksklusif Galaxy Watch Active 4 tersebar.

Menerusi imej render oleh OnLeaks ini, Galaxy Watch Active 4 menampilkan paparan bezel nipis yang dilindungi skrin rata kaca 2D.

Difahamkan, model terbaru ini dilengkapi rangka aluminium dengan dua pilihan saiz iaitu 40mm dan 44mm. Manakala tali getahnya pula kelihatan lebih luas atau lebar dan dilengkapi butang baharu berbeza dengan model sebelumnya.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan empat variasi warna iaitu hitam, hijau, emas, dan silver.

Tetapi ini hanyalah rekaan render oleh pereka. Jadi nantikan pengenalan rasmi oleh Samsung dalam acara minggu hadapan.

Sumber: giznext

Baca juga –  Samsung Galaxy Watch 4 Akan Hadir Tanpa Pengecas

Baca juga – Samsung Bakal Umum Jam Tangan Pintar Dengan WearOS Minggu Depan

Kalau nak beli smartwatch Samsung boleh tekan sini:
https://invol.co/cl4mwkr