Beberapa bulan yang lalu, kami melaporkan bahawa Facebook mahu membangunkan jam tangan pintar pertama mereka. Ia memfokuskan ciri kesihatan serta permesejan.

Terbaru, mereka dijangka menampilkan kamera padanya. Pertama, kamera itu berada di bahagian hadapan untuk panggilan video. Sementara sebuah lagi boleh dicabut.

Baca juga – Jam Pintar Facebook Mungkin Hadir Tahun Hadapan Untuk Bersaing Dengan Apple

Selain itu, ia juga akan dilengkapi pemantauan degupan jantung dan sambungan LTE. Melaluinya, jam tangan pintar tersebut lebih mudah untuk digunakan bersama-sama media sosial.

Tambah Facebook, mereka mahu pengguna menggunakan jam tangan pintar tersebut menggunakan sepertimana pada telefon pintar.

Bahkan, langkah daripada Facebook juga adalah mahu bersaing dengan jenama Apple yang bukan sahaja mendominasi pasaran ini, tetapi kini Apple juga menjaga privasi pengguna mereka.

Walau apa pun, jam tangan pintar pertama Facebook tersebut dijangka bakal diperkenalkan pada tahun 2022.

Sumber: verge