Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mungkin Ini Nilai Sebenar Syiling Emas Dalam Francais John Wick

Posted on Mac 24, 2023

Francais filem John Wick berasaskan dunia mafia underground dengan jaringan yang disertai oleh seluruh dunia. Salah satu unsur penting dalam filem-filem ini adalah penggunaan syiling emas sebagai transaksi utama mereka.

Dalam John Wick: Chapter 3 – Parabellum, ia menunjukkan syiling tersebut tidak mempunyai nilai kewangan walaupun diperbuat daripada emas. Tetapi ia digunakan sebagai commerce of relationship di antara setiap anggota dalam dunia mafia itu untuk berurusan.

Depan – Ens Causa Sui
Belakang – Ex Unitae Vires

Syiling emas itu mempunyai bahagian depan yang mempunyai tulisan “Ens Causa Sui” – (sesuatu yang dihasilkan dalam dirinya sendiri). Sementara itu, di bahagian belakangnya pula bertulis “Ex Unitae Vires” yang membawa maksud ‘dari kesatuan, datangnya kekuatan’ atau ‘kesatuan adalah kekuatan’.

{suggest}

Berdasarkan jangkaan saiz dan jisim syiling emas ini dan nilai harga emas, setiap syiling emas itu mempunyai nilai di antara USD2,000 (~RM8,967.00) ke USD5,000 (~RM22,417.50).

Sumber: Gamerant

Gambar utama: John Wick

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress