Terdahulu, terdapat spekulasi mengatakan Samsung bakal mengadakan acara Galaxy Unpacked pada bulan Ogos ini. Pada acara tersebut, dua telefon boleh lipat – Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 dijangka diperkenalkan nanti.

Dengan berbaki beberapa minggu sahaja lagi, kini timbul pula harga yang mungkin ditawarkan buat kedua-dua telefon tersebut.

Berdasarkan sebuah blog melalui @FrontTron, dikatakan harga peranti Fold3 adalah sekitar KRW1,900,000~KRW1,999,000 (~RM6950~RM7313). Manakala Flip3 pula antara KRW1,200,000~KRW1,280 (~RM4390~RM4683).

Jika diteliti, harga bagi kedua-duanya adalah sedikit murah berbanding model terdahulu dimana Fold2 (RM7999) dan Flip (RM5888). Sekiranya benar, harga buat pasaran tempatan mungkin tidak jauh beza dengan harga yang didedahkan ini.

Tambahan lagi, ada juga khabar angin menyatakan Samsung akan menggalakkan pengguna untuk menggantikan telefon lama ke telefon baharu nanti. Malah, bagi pengguna siri Z Fold dan Z Flip dijangka dapat tawaran jauh lebih menarik apabila peranti itu dinaik taraf.

Walau apa pun, peranti boleh lipat masih lagi dalam kategori premium yang mana bukan semua orang yang mampu untuk memilikinya.

Sumber: @FrontTron

Baca juga – Telefon Pintar Ini Dinobatkan Telefon Terbaik Untuk Tahun 2021

Baca juga – iPhone 12 Pro Max Tewas, Ini Skor Grafik Cip Exynos Dengan GPU AMD

Baca juga – Exynos 2200 Didakwa Akan Kalahkan Snapdragon 895