POCO X3 NFC baru sahaja dilancarkan pada hujung tahun lalu dan ia kini bakal menerima model lebih berkuasa, iaitu POCO X3 Pro yang dijangka akan dilancarkan pada 22 Mac ini.

Jika semalam anda sudah boleh agak harga yang akan ditawarkan di Malaysia, terbaru, rekaan dan pilihan warna telefon ini telah tertiris.

Mungkin anda sebagai peminat POCO mengharapkan sesuatu yang baharu tetapi POCO X3 Pro nampaknya seperti tiada apa-apa perubahan berlaku.

Berdasarkan imej komputer yang didedahkan Ishan Agarwal, rekaan POCO X3 Pro ini seperti model terdahulu menerusi POCO X3 NFC.

Bermakna, segala penampilan POCO X3 Pro adalah sama dengan POCO X3. Dengan ini, agak susah untuk rakan anda mengetahui adakah anda menggunakan versi Pro atau biasa.

Namun, POCO X3 Pro akan ditawarkan dengan pilihan warna baharu iaitu Phantom Black, Metal Bronze dan Frost Blue.

Tambahan lagi, kemungkinan imej komputer ini adalah benar memandangkan Ishan Agarwal pernah mendedahkan rekaan siri Redmi Note 10 sebelum pelancaran.

Malah, warna yang didedahkan juga sama seperti dalam senarai yang kami laporkan sebelum ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan adakah ia dilancarkan pada minggu hadapan.

Sumber: gizmochina

 

Beli produk POCO melalui:
Lazada (https://invol.co/cl30a6c)
Shopee (https://invol.co/cl30a6p)