Terdahulu, 91Mobile berkongsikan imej 3D bagi jam tangan pintar Apple terbaru, Watch Series 7 yang mana ia selari dengan laporan dari Jon Prosser.

Khabar angin terkini pula menyatakan bahawa Apple Watch Series 7 mungkin akan mempunyai saiz baharu jauh lebih besar, iaitu 41mm dan 45mm.

Sebagai perbandingan, Apple Watch Series 3 ditawarkan dengan saiz 38mm dan 42mm. Sementara model Watch Series 4 dan seterusnya pula adalah 40mm dan 44mm.

Walaupun reka bentuk makin besar, ia dikatakan masih boleh menggunakan tali jam dari Apple Watch yang bersaiz 41mm dan 45mm.

Tambahan lagi, skrinnya yang semakin luas turut akan mempunyai bezel lebih kecil dan rata. Tidak melengkung seperti sebelum ini.

Dijangka pengenalan Apple Watch Series 7 adalah bersama-sama barisan iPhone 13 yang mungkin tidak lama lagi.

Sumber: macrumors

Baca juga:

Beli Apple Watch di:

Shopee - https://invol.co/cl5malm
Lazada - https://invol.co/cl5mal5