Seorang pengguna Twitter bernama @Jin_Store telah berkongsi imej yang didakwa acuan dan lukisan CAD bagi barisan iPhone 12 yang akan dilancarkan pada tahun ini.
Pendedahan dari imej acuan fizikal iPhone 12 ini menunjukkan bahawa rekaan iPhone terbaru itu nanti adalah konsisten dengan khabar angin sebelum ini.
Malah rekaan iPhone 12 itu juga dikatakan akan menyerupai gaya rekaan iPad Pro terbaru yang ada ketika ini.
The sides are squared off, just like the rumored #iPhone12 #iPhone12Pro pic.twitter.com/u2lg4pcxSV
— 🇳🇿JinStore® (@Jin_Store) June 14, 2020
iPhone 12 dijangka akan hadir dengan 4 model terbaru iaitu iPhone 12 5.4″, 6.1″ serta iPhone 12 Pro 6.1″ dan 6.7″.
Produksi pengeluaran iPhone 12 dikatakan akan bermula seawal dalam bulan hadapan. Manakala seperti biasa, acara bagi Apple memperkenalkan barisan iPhone 12 secara rasmi kepada umum adalah dalam bulan September nanti.