Berita baik kepada peminat permainan komputer bergenre aksi perang, RPG, anda boleh memuat turun game ini berjudul Fallout: New Vegas – Ultimate Edition secara percuma untuk masa terhad.
Game ini tidak memerlukan spesifikasi komputer yang terlalu berkuasa di mana spesifikasi minimumnya hanya memerlukan komputer anda menjalankan sistem operasi Windows 7 dan ke atas sahaja.
Anda kena cepat tawaran percuma ini akan tamat pada 1 Jun 2023 tepat jam 11.00 malam. Selepas itu Fallout: New Vegas – Ultimate Edition akan kembali pada harga asalnya iaitu RM59.99.
Fallout: New Vegas – Ultimate Edition boleh dimuat turun terus dari laman Epic Games Store.
{suggest}