Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Muat Turun ‘Game’ Lumba Kereta Ini Sementara Masih Percuma

Posted on Disember 17, 2022Disember 17, 2022

Stor Epic Games menawarkan lagi permainan percuma untuk anda. Kali ini permainan bertemakan perlumbaan pula.

Judul permainan tersebut, Horizon Chase Turbo boleh dimuat turun secara percuma dalam tempoh 24 jam sebelum jam 12.00a.m (18 Disember 2022).

Selepas dari itu, permainan tersebut akan kembali pada harga asalnya yang berharga RM42.99.

Selain itu, Epic Games turut menawarkan salah satu siri bagi Horizon Chase Turbo iaitu Rookie Series.

Sementara untuk 2 sirinya yang lain, Horizon Chase Turbo – Senna Forever dan Horizon Chase Turbo – Summer Vibes ditawarkan pada harga diskaun dengan masing-masing kini hanya berharga RM6.74 dan RM2.03 sahaja.

Horizon Chase Turbo – Rookie
Horizon Chase Turbo – Senna
Horizon Chase Turbo – Summer Vibes

Tawaran harga diskaun tersebut akan berakhir pada 6 Januari 2023 nanti.

Horizon Chase Turbo ditawarkan secara percuma di Epic Games untuk platform komputer yang menjalankan sistem operasi Windows dan memadai dengan spesifikasi sederhana.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress