Tempoh hari, ASUS telah membawa masuk ROG Zephyrus G14 Alan Walker Special Edition ke Malaysia. Kini, mereka mengadakan kempen bersempena dengannya dimana anda berpeluang untuk memenangi hadiah percuma yang merupakan barangan ROG x Alan Walker.

Apa yang anda perlu lakukan hanya memuat naik Instagram Kekili (instagram reels) sahaja, mengikut kreativiti.

Cara Menyertai

Pertama sekali, pastikan Instagram anda dalam tetapan umum (public). Kemudian, tekan pautan INI dan simpan untuk tujuan seterusnya.

Kedua, anda perlu muat naik video versi tersendiri bersempena “Join The Walkers Challenge” di kekili. Anda bebas untuk memasukkan apa-apa sahaja seperti pelekat, GIF, kesan khas dan sebagainya.

Akhir sekali, jangan lupa masukkan kapsyen #ROGAlanWalkerMy dan tag @asusrogmalaysia. Selain itu, tekan ‘on’ pada pilihan “also share to feed” bagi kekili ini.

Penyertaan dibuka sehingga 30 September 11:59 pm dan pemenang akan diumumkan pada minggu kedua Oktober di Facebook rasmi ROG Malaysia.

Sumber: Siaran Akhbar ROG Malaysia

Baca juga: