Sebagai komputer riba gaming pertama dari MSI dengan cip Intel Gen-11, MSI Stealth 15M membawakan rekaan yang nipis dan ringan.
Ia hadir dengan cip Intel Core i7 dan grafik pilihan sehingga Nvidia RTX 2060 Max-Q.
Selain itu, ia dilengkapi dengan kadar segar semula 144Hz yang memberikan kepuasan permainan untuk panel berukuran 15.6 inci FHDnya.
RAM boleh dipasang sehingga 64GB melalui dua slot manakala storan pula adalah berasaskan NVMe SSD M.2.
Sebagai sebuah komputer riba gaming, tidak lengkap dengan pencahayaan RGB. Jadi papan kekuncinya turut mempunyai LED RGB.
Komputer riba ini hadir dengan nipis 15.95mm dan berat pada 1.69kg menjadikannya mudah dibawa kemana-mana.
Antara ciri tambahan lain adalah Thunderbolt 4, pengecasan melalui port USB-C dan juga Wi-Fi 6.
Pihak MSI ketika ini tidak mengumumkan lagi harga jualan komputer riba ini.