Promosi pertengahan tahun MSI sedang berlangsung dan menawarkan promosi daripada barangan monitor gaming sehinggalah penyejuk cecair MSI. Antara tarikan menarik monitor gaming MSI Optix MAG281URF yang telah ditawarkan diskaun sebanyak RM500 semasa promosi ini berlangsung.
Monitor gaming Optix ini menawarkan resolusi 4K dengan kadar segar semula 144 fps, menggunakan panel IPS. Tambahan lagi, ia menawarkan masa tindak balas 1 ms sahaja dan kecerahan hingga 400 nits.
Berbanding harga asalnya sekitar RM3,299, anda dapat memilikinya dengan harga berpatutan sekitar RM2,799 sahaja sepanjang promosi tersebut berlangsung. Promosi ini telah pun berlangsung ketika artikel ini sedang ditulis hinggalah 31 Julai ini.
Untuk mereka yang mencari komponen komputer selain daripada monitor, berikut merupakan senarai barangan MSI terpilih dalam promosi ini untuk anda miliki:
Anda yang sedang mencari komponen binaan PC dalam tema warna putih, saya dengan besar hati mengesyorkan untuk mempertimbangkan komponen MPG GUNGNIR 110R + MAG A750GF White.
Kedua-duanya itu memberi estetik putih yang sangat menyerlah dan sesuai bagi mereka yang sedang mencari komponen putih. Bagi penebusan hadiah, pelanggan perlu melawat laman sesawang MSI ini untuk memproses penebusan selepas anda membeli produk MSI.
Sumber: Siaran Akhbar MSI