Syarikat pembuat perkakas komputer, MSI secara rasminya telah melancarkan kad grafik Nvidia baharu iaitu siri RTX 3060.

Terdapat empat siri bagi kad grafik baharu ini iaitu:

  • Gaming Trio – Gaming X Trio 12G, Gaming Trio 12G
  • Gaming – Gaming X 12G, Gaming 12G
  • Ventus – Ventus 3X 12G OC, Ventus 3X 12G, Ventus 2X 12G OC, Ventus 2X 12G
  • AERO ITX – AERO ITX 12G OC, AERO ITX 12G

Siri Gaming Trio adalah siri yang terbaik dalam barisan kali ini dimana menawarkan TORX Fan 4.0 untuk sistem penyejukan yang baik di samping prestasi yang cemerlang.

Sementara siri Gaming adalah versi lebih mampu milik berbanding Gaming Trio serta prestasi yang tidak jauh beza. Namun, siri ini hanya dilengkapi dua kipas.

Bagi siri Ventus, terdapat dua model iaitu dengan tiga kipas atau dua kipas. Ia masih mampu memberikan penyejukan yang baik kerana TORX Fan 3.0 sudah diberikan naik taraf. Akan tetapi, ia kekurangan pencahayaan RGB seperti mana yang ada pada siri Gaming.

Manakalah siri AERO ITX, ia merupakan kad grafik dengan kipas tunggal. Walaupun saiznya kecil, kad grafik ini masih hadir dengan prestasi dengan kad grafik versi lain.

Seperti namanya, siri AERO ITX adalah untuk golongan yang mahukan binaan PC yang bersaiz kompak.

Kesemua kad grafik ini sudah mula dijual tetapi mungkin agak sukar diperoleh kerana stok bagi kad grafik pada masa sekarang amatlah terhad.

Sumber: Siaran Akhbar MSI