MSI melancarkan sebuah peranti monitor mudah alih terbaru, PRO MP161. Monitor ini adalah pilihan terbaik untuk sektor korporat dalam meningkatkan produktivit kerja anda.
Spesifikasi MSI PRO MP161
Monitor portable MSI ini dilengkapi panel paparan IPS anti-glare bersaiz 15.6 inci dengan resolusi FHD. Selain memiliki faktor binaan yang slim, ia mempunyai berat seringan 0.75 kg sahaja.
Selain itu, monitor PRO MP161 ini menyokong kadar segar semula 60Hz, masa tindak balas 4ms, kadar kecerahan maksimum 250 nits dan nisbah aspek 16:9.
Monitor ini menggunakan port USB-C sebagai jenis saluran kuasanya dan mempunyai pelbagai port sambungan – 1x Mini-HDMI, 2x Type-C (termasuklah port pengecasanya).
Ketersediaan & Kesesuaian
Monitor mudah alih ini menyokong pelbagai jenis peranti untuk digunakan – seperti PC, Mac, PS4, PS5, Xbox, peranti mudah alih, Notebook dan etc.
{suggest}
MSI tidak memberikan sebarang maklumat rasmi akan ketersediaan peranti ini. Walau bagaimanapun, kami percaya ia bakal tersedia untuk pasaran Malaysia mungkin dalam masa terdekat.
Sumber: Siaran Akhbar MSI