Sekitar bulan Mei yang lalu, MSI Malaysia telah mengumumkan barisan komputer riba yang disasarkan untuk pasaran gaming serta kreatif. Namun sewaktu pengumuman tersebut, ia masih belum tersedia untuk dibeli pengguna.

Terbaharu, salah satu daripada model yang diumumkan sebelum ini telah pun mula ditawarkan secara pra-tempah iaitu MSI Creator Z16.

Bagi penawaran di pasaran tempatan, MSI Malaysia hanya menyediakan spesifikasi seperti cip Intel Core i7-11800H, RAM 32GB, SSD 1TB NVMe PCIe dan grafik dikendalikan oleh NVIDIA GeForce RTX 3060 Max-Q.

Creator Z16 hadir dengan paparan IPS berukuran 16 inci, resolusi 2560×1600 dengan gamut warna¬†100%¬†DCI-P3 dan menyokong kadar segar semula 120Hz.

Melengkapi komputer riba ini adalah papan kekunci RGB berasaskan LED mini, serta 4 pembesar suara ditala oleh Dynaudio.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan MSI Creator Z16, ia dijual pada tanda harga RM11,999 dan boleh dipra-tempah melalui laman rasmi MSI Malaysia dan Lazada.

Beli MSI Creator Z16 dari:
MSI Online Store:
https://mystore.msi.com/product/msi-creator-z16-a11uet-207-geforce-rtx-3060-6gb/

Lazada:
https://invol.co/cl5ky6f