Beberapa minggu yang lalu, rakyat Malaysia membuat gerakan #BenderaPutih yang mana ia merupakan satu langkah dan inisiatif dari rakyat bagi membantu golongan yang memerlukan.

Sebagai tindak balas terhadap itu, Persatuan Rantai Runcit Malaysia (MRCA) dan Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) berganding bahu untuk mengumpulkan dana kecemasan bagi membeli makanan kepada golongan tersebut.

Kempen sokongan #BenderaPutih ini menyasarkan untuk mengumpul dana RM500,000 untuk membeli 10,000 unit kotak makanan supaya dapat diedarkan kepada 10,000 keluarga di sekitar Lembah Klang dan edaran telah pun bermula sejak 3 Julai.

Setakat ini, sebanyak 2000 keluarga di 9 lokasi pengedaran telah menerima bantuan tersebut. Antara lokasinya termasuk PPR Pantai Ria, PPR Sri Sabah, Kampung Tasek Kajang dan banyak lagi.

Setiap penerima bantuan akan menerima kotak makanan yang mengandungi beras (5kg), mi segera, bihun, sardin, kacang panggang, serbuk minuman coklat dan biskut.

Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan, sumbangan boleh dibuat melalui:

  • No. CIMB : 8600617216
  • No. Public Bank: 3078894406

Atau pun boleh tekan borang ini. Untuk maklumat lanjut, boleh juga hubungi Simon Wong atau Lee Choo dengan WhatsApp ke 0124380435 serta Lawrence Cheah atau Feriz Mohamad – 0193787937.

Sumber: Siaran Akhbar MRCA DSAM

Baca juga artikel berkaitan: