Kebanyakan pembangun sentiasa menawarkan aplikasi alternatif kepada pengguna disebabkan tidak semua orang mempunyai peranti atau internet yang baik.

Sebagai contoh adalah Facebook Lite, Android Go, PUBG Lite Mobile dan banyak lagi. Aplikasi sebegitu dibangunkan dengan saiz lebih kecil serta mudah untuk dijalankan di mana-mana peranti.

Terbaru, Mozilla akhirnya menamatkan sokongan pelayar Firefox Lite kepada semua pengguna. Sebelum ini, pelayar tersebut adalah bernama Firefox Rocket untuk telefon pintar.

Mozilla memutuskan untuk menamatkannya adalah kerana mereka berpendapat Firefox yang sedia ada di telefon sudah cukup laju dari segi prestasi.

Malah, berdasarkan maklum balas dari pengguna juga mengatakan versi Lite itu kini semakin besar dan penuh dengan fungsi yang tak patut ada bagi aplikasi tersebut seperti terdapatnya iklan pada notifikasi dan halaman tab baharu (New Tab Page).

Sebagai memori, Firefox Lite telah dimuat turun sebanyak 5 juta kali sepanjang ia dilancarkan pada tahun 2017. Dengan penamatannya, pengguna boleh lagi untuk menjalankan Firefox Lite.

Akan tetapi, ia tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini. Selain itu, sekiranya pengguna nyahpasang (uninstall) dari peranti, ia tidak boleh dipasang semula dari Play Store.

Sumber: Android Police

Baca juga – Firefox Terima Wajah Baru, Tampil Lebih Kemas Dan Jelas

Baca juga – “Edge Adalah Pelayar Terbaik Di Windows 10” – Microsoft

Baca juga – Cara Memohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN