Pada masa kini, kebanyakan pengeluar telefon pintar telah memilih untuk menyertakan panel dengan sokongan kadar segar semula 90Hz hingga 144Hz pada peranti andalan.
Terbaru, Motorola kini dilaporkan sedang menguji peranti andalan dengan kadar segar semula 105Hz. Kebiasaannya, kadar segar semula paparan akan ditetapkan sebagai gandaan 30 atau 24 bagi mengurangkan micro stutter ketika menonton kebanyakan video.
Motorola is testing a default peak refresh rate of 105Hz for "nio". I've never seen a phone or display default to 105Hz, so it could just be something they're testing like how ASUS has a 160Hz mode on the ROG Phone 3. https://t.co/bUr8Jngek0
— Mishaal Rahman (@MishaalRahman) November 24, 2020
Bagaimanapun, memandangkan 105Hz tidak dapat dibahagi secara purata menjadi 24 atau 30, kemungkinan Motorola hanya menguji kadar segar semula ini semasa pembangunan dan akan mengehadkannya kepada 90Hz apabila peranti ini dilancarkan kelak.
Perkara yang sama juga berlaku apabila ASUS melancarkan ROG hone 3 dengan panel 144Hz, di mana ketika fasa ujian peranti ini diuji dengan kadar segar semula 160Hz.
Sumber: XDA Developers