Apakah perasan anda apabila anda mampu untuk menunggang mesin yang mempunyai sifat seperti makhluk hidup?
Yamaha Motor kini telah memperkenalkan MOTOROiD2, versi evolusi dari MOTOROiD asal yang diperkenalkan pada 2017 dahulu. Ia merupakan motosikal berkuasa elektrik sepenuhnya dengan ciri tunggangan sendiri yang tidak mempunyai bar hendal atau kawalan standard lain sepertimana motosikal sedia ada ketika ini.
Yamaha membuat hipotesis bahawa menggabungkan mobiliti dengan teknologi pintar dapat membina hubungan yang lebih erat antara penunggang dan mesin.

Menerusi R&D yang lebih mendalam dijalankan pihak Yamaha yang lebih fokus dalam teknologi dan reka bentuk, MOTOROiD2 memiliki ciri di mana mobiliti peribadinya boleh mengenal pasti keberadaan pemiliknya lalu bangun sendiri dari penongkat motor dan bergerak seiring bersama penunggangnya.
Sistem Kawalan Pusat Massa Aktif (AMCES) telah mempertingkatkan ciri-ciri seperti penderiaan sikap (attitude sensing), pengimbangan diri (self-ballancing) dan sistem pengecaman imej AI yang digunakan untuk mengecam dan bertindak balas terhadap wajah dan gerak isyarat pemilik bagi MOTOROiD2.
Dalam pada itu, MOTOROiD2 juga menampilkan struktur Leaf terbaru yang memberikan model itu satu struktur yang khusus untuk reaksi seperti hidup (lifelike) dan saling melengkapi untuk penunggang.
Yamaha merancang untuk mempamerkan prototaip Motoroid 2 mereka ini di Acara Pertunjukan Mobiliti Jepun 2023 di Tokyo bulan depan.
{suggest}
Sumber: Yamaha