Selain pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dengan tempoh maksimum 10 tahun, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) turut mengumumkan satu lagi inisiatif iaitu kebenaran khas pembaharuan LMM tamat tempoh.
{suggest}
Menerusi inisiatif ini, MOT akan memberi kebenaran khas kepada mana-mana pemegang LMM yang telah tamat tempoh sah laku untuk memperbaharui LMM melebihi 3 tahun tanpa perlu menjalani semula ujian.
Namun, perlu diketahui kebenaran khas ini hanya terhad kepada LMM yang mana tempoh sah laku telah tamat mulai 1 Januari 2018 dan ke hadapan sahaja.
Selain itu, tempoh kebenaran khas ini hanya berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2023 dan peraturan sedia ada akan berkuatkuasa semula pada 1 Januari 2024.
Bagi kebenaran khas yang telah diumumkan, pemegang LMM yang berkaitan boleh melakukan urusan di Pejabat/Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 8 Mei 2023.
Sementara itu, pelaksanaan urus niaga terlibat melalui platform yang disediakan oleh rakan niaga JPJ seperti Pos Malaysia akan tertakluk kepada kesediaan perubahan sistem oleh pihak berkenaan.
Sumber: Anthony Loke