Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
beam e-skuter malaysia

MOT Akan Perincikan Garis Panduan Berkaitan Kenderaan Mobiliti

Posted on Jun 15, 2022

Menteri Pengangkutan Dr. Wee Ka Siong memuat naik hantaran di Facebook beliau berkongsi pertemuan MOT (Kementerian Pengangkutan) dengan persatuan dan pengusaha kenderaan mikromobiliti di Putrajaya, semalam.

Antara perkara dicadangkan ialah penglibatan persatuan dan pengusaha kenderaan mikromobiliti dalam jawatankuasa bersama MOT, selain bersama-sama meneruskan kempen kesedaran keselamatan kepada orang ramai khususnya pengguna kenderaan mikromobiliti.

Wee Ka Siong juga memberitahu kenderaan mobiliti tidak pernah diharamkan di Malaysia secara total sebaliknya larangan hanya terpakai di jalan raya demi memelihara keselamatan orang ramai.

Beliau juga mengatakan bahawa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) akan memperincikan garis panduan berhubung larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti (tertentu) tidak lama lagi.

Hadir sama dalam dialog ini, Presiden Persatuan Industri Elektrik Mikromobiliti (MEMI), Mike Lee; Timbalan Presiden MEMI, Harry Wong; Presiden Persatuan Kenderaan Mikromobiliti, Edi Khushairy bin Dato’ Ab Kadir; Presiden Persatuan Pengguna Mikromobiliti Malaysia (PPMM), Eric Lee; Ketua Operasi Tryke Transportation Sdn Bhd, Vinod Menon; Pengasas OoGyaa Mobility Sdn Bhd, Humayun Razzaq dan Pengurus Perkhidmatan Awam Ride Beam, Diana Taty.

Gambar utama: Beam Malaysia

Baca juga:

  • Kementerian Pengangkutan Temui Punca Tambang E-Hailing Meningkat
  • JPJ Dan PDRM Mula Bertindak Ke Atas E-Skuter Yang Digunakan Di Atas Jalan Raya
  • Storan Telefon Anda Penuh Mungkin Sebab Telegram, Ini Cara Selesaikannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress