Jam tangan pintar Montblanc Summit 3 bukan sahaja menerima Wear OS 3, malah menjadi yang pertama untuk menyokong iOS.
Disahkan oleh jurucakap Qualcomm, Lauren Miller, melalui laporan dari Wareable, Summit 3 dikuasakan oleh Snapdragon Wear 4100 Plus.
Summit 3 ini juga adalah jam tangan pintar yang pertama dilancarkan dengan Wear OS 3 yang sudah terbina.
Dalam pada itu, jam tangan pintar Wear OS 2 sebelum ini yang menggunakan cip 4100 Plus boleh dinaik taraf kepada Wear OS 3 pada akhir tahun ini.
Menurut Miller, Summit 3 akan mempunyai aplikasi khusus pada kedua-dua iOS dan Android yang akan menghubungkan telefon dan jam tangan.
Bagaimanapun, sokongan untuk aplikasi dan pengalaman berbeza mengikut platform telefon pengguna.
Sama-sama kita nantikan pelancaran Montblanc Summit 3 pada 15 Julai ini.
Turut dilaporkan jam tangan itu akan dijual pada harga €1,250, sekitar RM5,778.
Sumber: Wareable