Berikutan pelancaran Tag Heuer Connected Modular 45 baru-baru ini, Montblanc turut sama mempamerkan sebuah jam pintar kelas luxury iaitu Montblanc Summit. Montblanc Summit ini dibina dengan sistem operasi Android Wear 2.0 dan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon Wear 2100.
Ianya juga dibina dengan menggunakan bahan keluli tahan karat dan titanium berserta rekaan lengkung kristal. Jam pintar ini memiliki paparan lengkung AMOLED berkuran 1.39 inci pada resolusi 400 x 400. Pada kadar 286ppi, paparannya tidaklah setajam berbanding Huawei Watch 2.
Jam pintar Montblanc ini turut menampilkan beberapa kerjasama dengan syarikat aplikasi seperti Uber, Foursquare, dan Runstatic. Montblanc Summit ini turut memiliki ciri paparan sentuh dan beberapa lagi sokongan seperti Google Assitant untuk mesej suara dan sensor untuk aktiviti kecergasan. Peranti ini akan dipasarkan dengan harga bermula dari $890 untuk model keluli tahan karat manakala model premium yang dibina dengan tali kulit dan titanium akan dijual pada harga $980.