Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) hari ini telah menafikan kesahihan mesej berhubung empat bantuan kewangan oleh kerajaan yang tular di media sosial.
{suggest}
Dinyatakan, informasi palsu yang tular di media sosial adalah berkaitan empat bantuan seperti di bawah ini:
- Pengeluaran Khas KWSP Secara Bersasar
- Bantuan Sara Hidup (BSH)
- Bantuan Satu Keluarga RM900 Dikreditkan Bermula Disember Ini
- Program Bantuan Makanan MyKasih RM100 selama 3 Bulan
PERHATIAN, MAKLUMAN PALSU☝🏻
Kementerian Kewangan Malaysia ingin memaklumkan bahawa informasi yang tular di laman sosial berhubung dengan empat bantuan Kerajaan tersebut adalah PALSU! pic.twitter.com/lOeKaeEgTM
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) November 28, 2022
Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang tepat melalui pengumuman daripada sumber rasmi sahaja. Sebagai tambahan, pengguna media sosial turut diminta untuk tidak berkongsi informasi yang tidak sahih.
Sumber: MOF