Dilengkapi cip pemprosesan Intel Gen-10, sokongan Wi-Fi 6 dan sambungan USB 3.1 Gen-2.
Acer Malaysia telah mula menawarkan model terbaru komputer riba Acer Swift 5 di laman rasmi mereka. Model terbaru ini adalah legasi daripada model Swift 5 terdahulu yang dinaik taraf perkakasannya.
Acer Swift 5 ditawarkan dalam 4 model pilihan yang berharga dari RM3,699.00. Perbezaan ketara model terbaru Acer Swift 5 ini berbanding model sebelumnya adalah ia kini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel gen-10, saiz storan SSD dari 512GB, RAM 8GB LPDDR4, sambungan USB 3.1 Gen-2 dan sokongan Wi-Fi 6.
Selain itu, pembeli juga boleh memilih kuasa grafik yang mahu dimuatkan ke dalam Swift 5 iaitu sama ada menggunakan cip Intel Iris Plus atau NVIDIA GeForce MX250.
Malah Acer turut memuatkan kapasiti bateri yang lebih tinggi pada Swift 5 terbaru yang membolehkannya beroperasi sehingga 12.5 jam (model Swift 5 sebelum ini hanya mampu beroperasi selama 8 jam sahaja).
Untuk info, sila layari laman rasmi Acer Malaysia.