Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios 17 private safari

Mod ‘Private’ Dalam Safari iOS 17 Akan Dilindungi Face ID

Posted on Jun 27, 2023Jun 27, 2023

Dalam iOS 17 nanti, pelayaran dalam mod Private akan dikunci dengan Face ID atau Touch ID apabila anda tidak menggunakannya.

Apabila anda tinggalkan Safari dan masuk semula untuk sambung layari dalam mod Private, iPhone akan meminta pengesahan identiti dulu (Face ID/Touch ID).

private browsing ios 17

Waktu ini dalam iOS 16 mahupun sebelumnya, apabila anda melayari laman web dalam Private Browsing, sesiapa saja yang menggunakan telefon tersebut boleh membuka tab Private sedia ada.

Namun, dalam iOS 17, pengguna mendapat privasi yang lebih terjamin. Sebagai pengguna, saya menyambut ciri ini dengan dada terbuka.

Hanya apabila disahkan anda tuannya, barulah dibenarkan untuk sambung menggunakan mod tersebut.

Jika Face ID atau Touch ID gagal, biasanya iOS akan benarkan akan gunakan passcode untuk melepasinya.

{suggest}

iOS 17 dijangka boleh dimuat turun oleh pengguna awam pada September atau Oktober selepas pelancaran iPhone 15.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress