Umum mengetahui bahawa PlayStation 5 akan tiba di Malaysia pada 11 Disember ini. PS5 kali ini hadir dengan resolusi 4K dan tidak akan menyokong resolusi 2K atau 1440p.

Oleh itu, MSI memberi penyelesaian kepada anda dimana monitor mereka akan menyokong resolusi 2K untuk PS5 dengan adanya mod konsol.

Sekiranya anda memainkan PS5 dengan output Full HD pada monitor QHD (1440p), gambar yang dihasilkan amatlah teruk kerana ia dibesarkan.

Namun, dengan mod konsol pada monitor MSI, ia akan menerima isyarat resolusi 4K daripada PS5 dan ditukarkan kepada 2K serta menyokong HDR.

Dengan ini pemilik monitor MSI tidak perlu lagi mencari monitor atau TV 4K baharu untuk memainkan PS5. Berikut adalah monitor yang menyokong mod konsol ini:

  • MPG ARTYMIS 343CQR
  • Optix MPG341CQR
  • Optix MPG341CQRV
  • Optix MAG342CQR
  • Optix AG321CQR
  • Optix MAG274QRF-QD
  • Optix MAG274QRF
  • Creator PS321QR

 

Beli barangan MSI dari,
Lazada:
https://invol.co/cl1yhr1
Shopee:
https://invol.co/cl1yhrl