Anonymous Malaysia, aktivis penggodam baru-baru ini telah muncul dalam satu video memberi amaran untuk melakukan serangan siber terhadap laman web kerajaan serta aset dalam talian yang dipanggil #OpsWakeUp21.

Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

Melaluinya, MKN memandang serius video tular tersebut dan telah mengeluarkan notis amaran kepada semua agensi kerajaan agar mengambil langkah-langkah perlu untuk mencegah dan meminimumkan impak dari ancaman tersebut.

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan MKN turut bekerjasama dengan PDRM bagi mengkoordinasi dan mengambil tindakan sewajarnya.

Menerusi video Anonymous Malaysiatersebut, mereka mendakwa sistem keselamatan siber di Malaysia amat teruk dan turut mengatakan kerajaan Malaysia berdiam diri berhubung banyak pelanggaran data dan penjualan maklumat peribadi rakyat sejak kebelakangan ini.

Sumber: MKN