Pada April yang lalu, Xiaomi dikatakan akan menawarkan fungsi yang membenarkan pengguna untuk “menambah” RAM atau RAM maya (virtual RAM) pada peranti mereka.

Kemudian, Redmi Note 10 Pro 5G di pasaran China sudah mempunyai fungsi RAM maya tersebut dengan penambahan 2GB apabila diaktifkan.

Laporan terbaru mendedahkan dimana kemas kini MIUI 13 bakal mempunyai ciri “RAM expansion” atau RAM maya pada telefon pintar Xiaomi yang menyokongnya. Dikatakan, sebanyak 3GB RAM tambahan diberikan sekiranya pengguna mengaktifkannya di bahagian tetapan. Ia mirip yang wujud di telefon baharu dari OPPO, vivo dan juga realme.

Bagaimanapun, buat masa sekarang, tarikh pelancaran MIUI 13 masih belum lagi diketahui. Akan tetapi, anda boleh rujuk artikel ini untuk mengetahui telefon Xiaomi mana yang mungkin menerima kemas kini MIUI 13.

Di samping itu, bagi anda yang masih bingung akan apa fungsi RAM maya ini dan adakah ia penting, boleh rujuk video di bawah.

Sumber: Digital Chat Station

Baca juga artikel berkaitan: