Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Battery Electric Vehicles (BEV) ke Malaysia.
{suggest}
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Tesla akan membuka ibu pejabat, pusat pengalaman dan perkhidmatan serta rangkaian Supercharger. Pada masa yang sama, ianya akan turut mewujudkan peluang pekerjaan bagi tenaga mahir dengan gaji yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut memaklumkan kemasukan Tesla telah dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif BEV Global Leaders yang bertujuan membantu meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tempatan.
Malaysia Welcomes @Tesla! @MITIMalaysia has approved Tesla's application to import BEVs into Malaysia.
Tesla will establish a Head Office, Tesla Experience & Service Centres, and Supercharger network, simultaneously creating skilled & better paying jobs for M'sians. pic.twitter.com/BbQP7jNazX
— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) March 1, 2023
Untuk makluman, BEV merupakan kenderaan elektrik yang bergantung sepenuhnya kepada tenaga bateri. Bagi inisiatif yang disediakan oleh MITI ini, dimaklumkan Tesla merupakan pemohon pertama.
Sumber: Tengku Zafrul