Pada November yang lalu, China menghantar roket ke bulan untuk membawa sampel batu dan tanah untuk dibawa pulang.

Kini, media dari China telah mengesahkan bahawa robot Chang’e-5 yang dihantar ke bulan telah selamat mendarat ke bumi.

Kapsul yang membawa sampel tersebut mendarat di permukaan bersalji di Mongolia selepas ia melepasi atmosfera bumi dan membuka payung terjun sebelum mendarat.

Dengan pendaratan ini, makan berakhirlah misi China dimana untuk menggali sampel tersebut dari permukaan bulan.

Selain itu, ia juga menjadikan China sebagai negara ketiga yang mengembalikan sampel dari bulan ke bumi mengikuti Amerika Syarikat dan bekas Soviet Union.

Kali terakhir mana-mana negara yang membawa sampel dari bulan adalah pada tahun 1976 dengan misi robotik Luna 24 milik Soviet Union.

Selepas mendarat, China berharap dapat mengumpulkan hingga 4kg batuan ruang angkasa dari bahagian bulan yang belum diterokai yang disebut Oceanus Procellarum atau Ocean of Storms.

Di samping itu, mempelajari bahan ini, ia dapat memberikan pemahaman yang lebih baik kepada para saintis terhadap evolusi bulan dan juga keseluruhan sejarah sistem Bumi-Bulan yang kompleks.

Sumber: the verge