Awal tahun ini, pihak Nvidia, Mojang (pembangun Minecraft), dan Microsoft telah mengumumkan Minecraft dengan RTX secara beta di PC.

Kini, Microsoft telah melepaskan versi rasmi Minecraft dengan RTX  untuk kesemua pengguna Windows 10 bermula semalam (8 Disember).

Melalui RTX, teknologi ray-tracing telah diimplementasi menjadikan persekitaran lebih realistik dengan tahap visual yang tinggi.

Antara tarikan utama melalui Minecraft RTX ini adalah lebih dari 20 lokasi sejarah seperti Colosseum dan banyak lagi untuk diterokai.

Untuk memuat turun permainan Minecraft, layari laman web Microsoft Store ataupun buat carian di gudang aplikasi Windows anda.

Rujukan: Nvidia