Celcom sedia menawarkan pelbagai pilihan peranti untuk pelan pasca bayar mereka. Antara penawaran terbaru yang akan dimulakan hari ini adalah telefon pintar Vivo S1 yang telah diperkenalkan pada bulan lalu.
Dijual pada harga rasmi RM1099, Vivo S1 boleh dimiliki secara percuma melalui pelan pasca bayar Celcom Platinum Plus. Pelan Platinum Plus menyediakan 100GB internet bulanan, 100GB Super Video Walla, panggilan tanpa had kesemua rangkaian serta penggunaan WhatsApp dan WeChat tanpa had.
Selain itu, pelan-pelan lain yang turut menawarkan Vivo S1 adalah seperti berikut;
Pelan mudah alih |
Harga langganan |
Harga peranti |
Gold Plus 40GB |
RM98 |
RM478 |
Supreme 50GB |
RM128 |
RM318 |
Platinum 60GB |
RM148 |
RM178 |
Platinum Plus 100GB | RM188 |
Percuma |
Vivo S1 merupakan pertaruhan terbaru yang dibawakan oleh Vivo untuk peminat. Ia dilengkapi dengan paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.38 inci, cip MediaTek Helio P65, RAM 6GB, memori 128GB serta mempunyai sensor imbasan cap jari pada paparan.
Tetapan kamera pula menampilkan tiga lensa, 16MP+8MP+2MP sementara bahagian hadapan pula menggunapakai lensa 32MP. Mempunyai dua pilihan warna, Diamond Black dan Skyline Blue, Vivo S1 dijana dengan bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas Dual Engine Fast Charging 18W.