Yes 5G akhirnya bakal mengumumkan pelan langganan mereka bersama telefon pintar terbaru Apple iaitu siri iPhone 15.
Harga dan pelan lengkap daripada Yes 5G akan dikeluarkan pada 2 November 2023 akan datang dan pelanggan akan dapat membeli barisan iPhone 15 daripada Yes 5G pada 3 November 2023.
Yes 5G akan menyediakan pelan ansuran bulanan terendah bersama-sama dengan pelan Yes Infinite+ yang datang dengan data 5G tanpa had, kelajuan tanpa had dan panggilan tanpa had.
Yes 5G menawarkan anda untuk memiliki iPhone 15 pada harga langganan serendah dari RM21/bulan dan dari RM51/bulan untuk siri iPhone 15 Pro.
Untuk mengetahui tentang harga dan butiran lanjut pelan dari Yes 5G bersama iPhone 15 ini, anda boleh layari dan daftar lebih awal minat anda di https://yes.my/iPhone.
{suggest}
Sumber: Siaran media Yes
(Beli pelbagai produk Apple yang asli dari stor rasmi wakil-wakil penjual sah Apple di Shopee dan Lazada)