realme 7 5G telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada Disember yang lalu dengan harga RM1299. Kini, anda boleh miliki telefon ini serendah RM98 sebulan dengan pelan Celcom MEGA.

Tambahan lagi, setiap pembelian telefon ini juga akan menerima barangan edisi terhad realmeow yang bernilai sehingga RM79 secara percuma (sementara stok masih ada).

Terdapat tiga pelan MEGA yang ditawarkan Celcom iaitu:

  • Lightning M Pass – RM98 sebulan
  • Lightning L Pass – RM148 sebulan
  • Lightning XL Pass – RM188 sebulan

Bagi pelan L Pass dan XL pass, realme 7 5G ini akan diberi secara percuma dan kesemua pelan ini adalah secara kontrak selama 24 bulan.

Bagi yang berminat, anda boleh membelinya menerusi kedai Celcom yang berhampiran atau secara dalam talian.