Jualan 7.7 Shopee hampir bermula dan Samsung turut tidak ketinggalan dengan memulakan jualan pertengahan (Mid Year Sale) bermula hari ini, 1 Julai sehingga 31 Julai.

Terdapat sejumlah produk yang menerima rebat tidak kira telefon pintar, aksesori, monitor dan banyak lagi.

Antara yang paling menarik adalah Galaxy Note20 5G boleh didapati pada harga RM2999 dimana rebat sebanyak RM1300. Selain itu, Galaxy S20 FE 5G dijual pada harga RM2499 (RM2999).

Tidak ketinggalan telefon baharu mereka, Galaxy S21 5G berharga RM3199 (RM3699)dan Galaxy S21+ pula berharga RM3799 (RM4299).

Oleh yang demikian, anda boleh layari laman Samsung untuk menikmati tawaran menarik daripada mereka sehingga hujung bulan Julai ini.

Sumber: Samsung Malaysia

Baca juga – Dah Terima Pengesahan, Pelancaran Telefon Boleh Lipat Samsung Makin Hampir

Baca juga – iPhone 12 Pro Max Tewas, Ini Skor Grafik Cip Exynos Dengan GPU AMD

Baca juga – Aplikasi Android Bakal Guna Format Baharu, Tiada Lagi APK