Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Microsoft Windows 11 SE Dan Surface Laptop SE Bakal Saingi Chromebook

Posted on November 10, 2021

Microsoft sebelum ini hadir dengan Surface, peranti dengan spesifikasi yang sesuai produktiviti dan mempunyai peminat tersendiri. Pesaingnya, Chromebook pula lebih mendapat perhatian di mana ia lebih banyak digunakan di sekolah-sekolah.

Terbaru, Microsoft melancarkan sistem operasi Windows 11 SE khas untuk peranti berkos rendah dan penggunaan pelajar dan sekolah-sekolah terutamanya di Amerika Syarikat yang kini banyak menggunakan Chromebook.

Walaupun hadir tanpa sokongan Microsoft Store dan dioptimasi untuk perisian buatan Microsoft, namun ia juga menyokong aplikasi pihak ketiga seperti Zoom dan Chrome. Pentadbir boleh mengawal peranti yang menjalankan sistem operasi ini dan bertangungjawab atas aplikasi yang dipasang dan sebagainya.

Antara pengeluar yang akan menggunakan Windows 11 SE kelak ialah Acer, Asus, Dell, Dynabook, Fujitsu, HP, JK-IP, Lenovo dan beberapa nama lain.

Dalam pada itu, Microsoft turut melancarkan produk terbaru mereka iaitu Surface Laptop SE yang menjadi komputer riba pertama menjalankan Windows 11 SE. Ia hadir dengan cip Intel Celeron, RAM sebesar 4GB, storan 64GB dan skrin sebesar 11.6 inci.

Sumber: TheVerge

Baca juga:

  • Acer Melancarkan 4 Model Chromebook Baharu
  • Apple Melancarkan iPad Terbaru Dengan Cip Apple 13 Bionic
  • Lihat 7 Perkara Ini Sebelum Beli Laptop Untuk WFH

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress