Generasi kedua fon telinga Surface Headphones 2 kini baru sahaja diumumkan oleh Microsoft. Ia hadir dengan rekaan yang sama namun kini mempunyai pilihan warna hitam lebih yang elegan.
Antara perkara menarik ketika pengenalan Surface Headphones sebelum ini adalah kawalan putar untuk mengawal tahap sensitiviti pembatalan aktif hingar. Mekanism ini masih lagi diteruskan pada Surface Headphones 2.
Perubahan besar lain lain adalah kini ia mempunyai sambungan Bluetooth 5.0 dan juga menyokong codec audio aptX yang lebih berkualiti berbanding hanya SBC pada model sebelum ini.
Ketahanan bateri juga dipertingkatkan dari 15 jam ke 20 jam dan menurut Microsoft, hanya dengan pengecasan 5 minit, pengguna boleh mendapatkan masa main balik audio sekitar 1 jam.
Fon telinga Microsoft Surface Headphones 2 ini dijual pada harga 249 USD (~RM1,071). Buat masa ini, belum terdapat berita mengenai pelancarannya di Malaysia.