Microsoft hari ini telah melepaskan kemas kini terbaru KB5020044 Preview kepada pengguna Windows 11.
Sebanyak 28 penambahbaikan dimuatkan dalam kemas kini ini di mana ia turut memperkenalkan 2 ciri baharu khusus kepada pengguna yang melanggan storan awan Microsoft OneDrive.
Selain itu, apa yang pengguna Windows 11 perlu tahu juga adalah KB5020044 ini adalah kemas kini preview terakhir bagi tahun ini.
{suggest}
Microsoft menyatakan, tiada lagi kemas kini preview untuk pengguna Windows 10 dan 11 dalam bulan Disember 2022 ini.
Walaubagaimanapun, kemas kini keselamatan masih akan dilepaskan kepada para penggunanya.
Kemas kini Kumulatif untuk Windows 11 versi 22H2 (KB5020044) ini boleh disemak melalui Settings > Windows Update.
Sumber: Windows message center, Microsoft Support