Pada acara CES 2021 lalu, Microsoft telah memperkenalkan Surface Pro 7+ yang merupakan kemaskini kepada Surface Pro 7 2 tahun lalu. Ia membawakan beberapa ciri menarik berbanding produk sebelumnya iaitu sokongan LTE, kapasiti bateri lebih besar, dan storan SSD boleh tukar.

Kini, produk tersebut telah mula dibawa masuk oleh Microsoft Malaysia dengan harga permulaan pada RM4,115 dan mencecah sehingga RM12,760 untuk konfigurasi tertinggi.

  • 11th Gen Intel® Core i3, 8GB RAM, 128GB SSD – RM4,115
  • 11th Gen Intel® Core i5, 8GB RAM, 128GB SSD – RM4,763
  • 11th Gen Intel® Core i5, 8GB RAM, 128GB SSD with LTE Advanced – RM5,314
  • 11th Gen Intel® Core i5, 8GB RAM, 256GB SSD – RM5,883
  • 11th Gen Intel® Core i5, 8GB RAM, 256GB SSD with LTE Advanced – RM6,591
  • 11th Gen Intel® Core i5, 16GB RAM, 256GB SSD – RM6,767
  • 11th Gen Intel® Core i5, 16GB RAM, 256GB SSD with LTE Advanced – RM7,475
  • 11th Gen Intel® Core i7, 16GB RAM, 256GB SSD – RM7,160
  • 11th Gen Intel® Core i7, 16GB RAM, 512GB SSD – RM8,929
  • 11th Gen Intel® Core i7, 16GB RAM, 1TB SSD – RM10,795
  • 11th Gen Intel® Core i7, 32GB RAM, 1TB SSD – RM12,760

Jika berminat, Surface Pro 7 + ini sudah boleh mula dibeli bermula hari ini juga melalui pengedar sah Microsoft seperti Prestariang Systems atau pun Software One.

Rujukan: Microsoft Malaysia