Microsoft mengumumkan pra-pesanan untuk produk Surface baharu iaitu Laptop Studio 2 dan Laptop Go 3 boleh mula dibuat pada 19 Oktober 2023 melalui peruncit dan pengedar Surface yang sah.
Bagi pembeli yang membuat pra-pesanan dari 19 Oktober 2023 sehingga 8 November 2023, anda akan menikmati promosi eksklusif bagi setiap produk.
- Surface Laptop Studio 2 – Percuma Surface Slim Pen 2 (RM559)
- Surface Laptop Go 3 – Percuma Sennheiser CX True Wireless Earbuds (RM679)
Pembeli pra-pesanan juga akan mendapat langganan percuma selama sebulan untuk Microsoft 365 dan PC Game Pass.
Selain itu, pelancaran Microsoft Copilot, teknologi AI yang direka untuk merevolusikan cara pengguna berinteraksi dengan teknologi dalam masa yang sama meningkatkan produktiviti ini hanya tersedia untuk Windows 11, Microsoft 365, Microsoft Edge dan Bing.
Surface Laptop Studio 2
Peranti ini tampil dengan reka bentuk aluminium anod dengan skrin sentuh PixelSense Flow yang berukuran 14.4 inci dan kadar segar semula sehingga 120Hz.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan Kamera Studio HD penuh dengan Dolby Vision IQ dan HDR serta pembesar suara Omnisonic dan Dolby Atmos.
Ia dikuasakan pemproses Intel Core generasi ke-13 kelas H yang dibina pada platform Intel Evo dan padanan grafik NVIDIA GeForce RTX 4050, jangka hayat bateri selama 18 jam penggunaan, 32GB RAM dan 1TB storan SSD.
Anda boleh miliki Surface Laptop Studio 2 dengan harga yang telah ditetapkan untuk pasaran Malaysia:
- 16GB RAM + 512GB SSD (Platinum) = RM12,199
- 32GB RAM + 1TB SSD (Platinum) = RM14,399
Surface Laptop Go 3
Hanya seberat 1.13kg, peranti ini menampilkan skrin sentuh PixelSense 12.4 inci dengan pilihan empat warna yang berbeza iaitu Ice Blue, Platinum, Sage dan Sandstone.
Selain papan kekunci bersaiz penuh, komputer riba ini menggunakan pemprosesan Intel Core i5 dengan tenaga bateri sehingga 15 jam penggunaan dan pengecasan pantas.
Tambahan pula, ia juga dilengkapi pembesar suara Omnisonic dengan sokongan Dolby Audio dan Dwi Studio Mics serta kamera HD yang menjalankan Windows 11.
Peranti ini turut disertakan dengan Clipchamp untuk kegunaan penghasilan video serta perisian Paint dan Photos yang dikuasakan AI.
Anda boleh miliki Surface Laptop Go 3 di Malaysia dengan harga berikut:
- 8GB RAM + 256GB SSD (Ice Blue) = RM4,099
- 16GB RAM + 256GB SSD (Ice Blue, Platinum, Sage, Sandstone) = RM5,199
Untuk tempahan, anda boleh berbuat demikian bermula 19 Oktober 2023 melalui pengedar sah Microsoft seperti All IT, Harvey Norman serta kedai yang disahkan oleh Microsoft di Shopee dan Lazada.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Microsoft