Komputer riba terbaru Microsoft Surface Laptop 4 yang didatangkan dengan pilihan cip intel atau AMD kini sudah boleh didapati secara umum di Malaysia.

Untuk pengetahuan, komputer riba ini didatangkan dengan dua saiz berbeza. Bagi saiz 13.5-inci pula, harganya bermula daripada RM4,599 hingga RM7,999 manakala harga untuk saiz 15-inci adalah RM5,999 hingga RM8,299.

Baca juga – Microsoft Surface Beri Pilihan Cip AMD Atau Intel

Setiap model akan diberikan pilihan cip AMD atau Intel kepada pembeli mengikut bajet, keperluan dan kehendak penggunaan.

Selain itu, pelanggan juga boleh dapatkan aksesori PC tambahan. Antaranya adalah Modern USB Headset & Wireless Headset Microsoft, Modern USB-C Speaker Microsoft, dan Modern Webcam Microsoft.

Bermula 8 Jun 2021, anda boleh dapatkan Surface Laptop 4 menerusi wakil penjual sah komersial Maxis dan SoftwareONE. Selain itu komputer riba ini juga boleh didapati di peruncit sah Microsoft, Lazada, Shopee, dan lain-lain.

Baca juga – Dell XPS 13 Dilengkapi Paparan OLED Dan Lapisan Anti-Pantulan

Sumber: siaran akhbar Microsoft