Microsoft Surface Go 2 masuk pasaran tanah air dengan harga bermula RM1955 kini mempunyai penggantinya, iaitu Surface Go 3. Tidak ada perkara besar menarik pada model kali ini melainkan cip pemproses baharu.
Surface Go 3 tampak seperti model terdahulu yang dilengkapi skrin 10.5 inci beresolusi 1920×1280, kamera yang sama, saiz sama, pembesar suara serta sambungan sama.
Seperti yang dinyatakan, ia menerima naik taraf dimana ditawarkan sama ada cip Intel Pentium Gold 6500Y atau Intel Core i3-10100Y dan menjadikannya lebih berkuasa berbanding Surface Go 2.
Selain itu, turut hadir 4GB atau 8GB RAM, Windows 11 dan bateri yang tahan lebih lama. Harga jualan bermula USD399 (~RM1673) yang mungkin adalah sama dengan Surface Go 2 sekiranya ia ditawarkan di Malaysia.
Sumber: microsoft
Baca juga: